Sejak zaman kanak-kanak lagi aku diperdengarkan tentang kebolehan seseorang yang digelar bomoh. Era 60-an dan 70-an, terutamanya dalam masyarakat desa, peranan bomoh dianggap penting. Khidmat bomoh sering ditagih atau dicari untuk mengubati sebarang penyakit, terutamanya penyakit yang dianggap pelik dan tidak mampu diubati dengan kaedah moden. Sesatunya kaedah perubatan moden dan saintifik yang ada di kampung Ibok pada masa tersebut adalah lawatan seminggu sekali klinik bergerak. Pembantu Perubatan atau "dresser" atau di kalangan orang kampung popular dengan panggilan "dresar" akan mengunjungi kampung untuk memberikan perkhidmatan kesihatan. Pastinya kelibat Raja Mohamaed Nor (Raja Mat Nor), dresar dinantikan pada setiap minggu. Berderet orang-orang Ibok menanti di depan Balai Raya Ibok. Raja Mat Nor umpama seorang doktor. Pengalaman dan layanannya disukai oleh penduduk. Khidmat baktinya bertahun-tahun membuatkan Raja Mat Nor sangat disenangi. Namun demikian, tidak semua orang sukakan Raja Mat Nor, terutamanya di kalangan kanak-kanak, termasuklah aku. Kedatangan Raja Mat Nor menimbulkan ketakutan dan keresahan. Bila tau hari tu Raja Mat Nor akan datang ke Ibok, kebanyakan budak-budak jadi sihat. Tak ada yang mengaku sakit. Kadang-kadang tak dapat lepaskan diri juga. Kalau dah sakit tu tak boleh nak pura-pura sihat. Jadi terpaksalah mak ayah bawa jumpa Raja Mat Nor di Balai Raya Ibok. Nampak kelibat van volkswagon putih dah naik gementar. Dengan wajah kepucatan dan ketakutan terpaksa berhadapan dengan Raja Mat Nor. Bila Raja Mat Nor sebut kena cucuk sejarum terus meraung. Terpaksalah pembantu Raja Mat Nor pegang saat jarum nak dicucuk pada badan. Apa lagi meraunglah kesakitan. Lain kali bila tau Raja Mat Nor dah nak sampai, geng-geng kami akan menyusup lari ke kebun getah Pak Harun menantu Tok Munah. Terlepaslah kena cucukan jarum Raja Mat Nor. Kadang-kadang pelanduk lupakan jerat. terlupa pula hari tu adalah giliran Raja Mat Nor datang bertandang. Kena mengadap dia lagi...sejarum lagi sebagai habuan.
Walaupun Raja Mat Nor hampir setiap minggu muncul di Balai Raya Ibok untuk memberikan rawatan kesihatan, namun ada sebahagian penduduk yang tak pedulikannya. Bukan semua penyakit mampu diubati dengan suntikan jarum Raja Mat Nor. Kepercayaan terhadap kebolehan bomoh masih menebal di kalangan penduduk. Pada zaman tersebut antara bomoh yang popular di Ibok, seingat aku adalah Tok Deraman, Pak Man Liah, Pak Lebai Semail dan Tokki Sulaiman. Kesemua mereka tu dikatakan ada kelebihan masing-masing. Tokki Sulaiman ni lebih kepada berubat menggunakan bacaan ayat suci Quran. Kalau ada orang datang berhajat ke rumahnya, dia akan bacakan beberapa potong ayat dan hembuskan pada air. Dia suruh minum atau campurkan dengan air mandi. Setahu aku dia tak pernah main hantu setan sebagai cara perbomohannya. Sesiapa yang serasi dengan cara Tokki Sulaiman, derngan izin Allah akan sembuh dalam sehari dua. Manakala Tok Deraman pula, aku dengar dia ada pakai hantu untuk berbomoh. Orang yang ada masalah berkaitan hubungan cinta misalnya, pasti akan menemuinya untuk meminta bantuan. Aku tak pasti sangat. Yang jelas, melihat wajahnya mirip Mat Kilau tapi agak menyeramkan. Bulu keningnya yang beruban panjang melentik. Jarang pakai baju, hanya berkain paras lutut dan sehelai pelikat atas bahu. Aku dan kawan-kawan pernah sekali mendapatkan khidmat Tok Deraman masa nak lawan bola. Aku terdengar dia baca jampi. Dia bukan baca ayat Quran, tetapi ada sebut ayat-ayat yang pelik. Terbukti daun sireh dan halia bara hasil jampi Tok Deraman yang dibekalkan kepada kami tidak mujarab. Kami kalah teruk.
Bisik-bisik orang kampung juga aku dengar bahawa Tok Lebai Semail, yang berasal dari Kelantan pandai juga berubat orang. Dia selalu berubat orang yang kena sampuk atau dulu dipanggil "naik lupa". Diapun pakai jin atau hantu dengarnya. Tengok muka diapun aku rasa semacam saja seramnya.
Pengalaman hidup aku sendirilah...dua kali aku hadapi atau alami sendiri kisah berbomoh ni. Pengalaman yang aku rasa paling besar dan mengujakan juga. Pertama, sekitar tahun 1988. Masa tu aku dalam perjalanan balik habis bercuti dari Kemaman ke Taiping. Bas dari Kemaman sampai di Puduraya saja. Perjalanan seterusnya naik bas dari Kl ke Taiping. Malam tu, sementara menunggu waktu perjalanan bas, aku round-round dulu sekitar luar bangunan Puduraya. Aku nampak ramai orang berkerumun di suatu kawasan lapang berdekatan tangga Puduraya menghala ke Stadium Merdeka. Akupun menghampiri tempat tersebut. Rupa-rupanya orang ramai berasak-asak dan berkerumun mengelilingi seorang lelaki Melayu yang sedang menjual ubat. Nampak menarik. Aku pun tumpang sekaki. Duduk bertimpuh untuk mendengar celoteh penjual ubat yang berpakaian serba hitam disinari cahaya lampu jalan yang agak suram.
To be continued.....
tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat lahirku...tempat membesar.....tempat bermain....
Selasa, 25 Oktober 2016
Cerita Cinta Bola 3
Apabila meneruskan pelajaran di tingkatan 1 di Sekolah Menengah Chukai (SMC), aku dan juga kebanyakan pelajar dari luar Chukai, tinggal di Asrama Putera. Semasa tinggal di asrama, aku bertemu dengan rakan-rakan sebaya yang datang dari beberapa sekolah rendah termasuk SK Air Putih, SK Binjai, SK Cerating dan lain-lain. Pada tahun 1977 hanya terdapat 4 buah sekolah menengah di daerah Kemaman. Selain SMC, adalah Sekolah Menengah Sultan Ismail atau lebih dikenali dengan SIS (Sultan Ismail School), Sekolah Menengah Agama Al-Falah dan Sekolah Menengah Kemasek. Kadangkala hujung minggu aku habiskan masa di asrama, kalau tidak dapat balik ke rumah. Mengisi masa yang terluang, kami penghuni asrama pasti turun ke padang bola SMC. Justeru, bakat bolasepak yang ada dapat terus dipupuk. Kali ini lebih seronok kerana ramai pemain yang sebaya dan berkebolehan, berbanding semasa di Ibok. Tak ramai rakan sebaya aku yang suka atau boleh bermain bola semasa aku di sekolah rendah dahulu. Jadi, terpaksalah aku bermain dengan orang dewasa atau budak-budak yang jauh lebih muda. Tak kisah sangatlah, asalkan dapat terus bermain bola. Semasa dalam tingkatan 1 hingga tingkatan 3 di SMC, aku mewakili pasukan rumah Bendahara dalam pertandingan bolasepak Antara Rumah. Rumah Bendahara kalah semua perlawanan. Rumah Temenggong, Laksamana dan Panglima dibarisi oleh ramai pemain-pemain yang berkebolehan, yang berasal dari SK Chukai, SK Bukit Pahang, SK Kuala Kemaman dan SK Binjai.
Dua tahun bertutur-turut, iaitu pada tahun 1978 dan 1979 aku mewakili SMC untuk tim Bawah 15 Tahun. Walau bagaimanapun, SMC gagal menjadi juara daerah Kemaman. Pada tahun 1980, semasa dalam tingkatan 4, aku mewakili tim Bawah 18 Tahun pula. Sekali lagi SMC kalah dalam perlawanan akhir selepas masa tambahan. Aku menjaringkan gol penyamaan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. Namun tidak bernasib baik, SIS berjaya mengalahkan SMC 2-1. Dalam tahun tersebut juga aku dipilih mewakili Daerah Kemaman yang menjadi tuan rumah Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu (MSST). Walaupun menjadi tuan rumah, kami gagal melayakkan diri ke separuh akhir. Pada tahun 1980 itu juga, aku terpilih menyertai tim Ibok atau Tunas Muda ke kejohanan Piala DUN Kijal. Aku diberi tanggungjawab sebagai penjaga gol simpanan. Penyertaan sulung sebagai pemain Tunas Muda tercemar gara-gara kes pergaduhan besar antara pemain kedua-dua pasukan di tengah padang.
Walaupun tahun 1981 merupakan tahun yang getir bagi aku yang berada di tingkatan 5 dan akan menempuh peperiksaan SPM, namun kelibat aku dalam bolasepak tidak mampu dikendurkan. Aku berjaya membawa Bendahara menjuarai Bawah 18 Tahun. Aku juga berjaya membantu SMC menjuarai Bawah 18 Tahun Daerah Kemaman dengan menjadi penjaring utama ketika mengalahkan SIS 2-0 dalam perlawanan akhir di SM Kemasek. Sebelum tu aku berjaya mencipta hattrick ketika SMC menewaskan SM Kemasek 5-1 di gelanggang mereka. Perjuangan aku diteruskan dengan mewakili tim Daerah Kemaman ke peringkat MSST di Kuala Terengganu. Kesudahannya kami muncul sebagai naib Juara setelah ditewaskan oleh tim Kuala Terengganu Selatan 2-3.

Isnin, 24 Oktober 2016
Cerita Cinta Bola 2
Jersi kuning lengan panjang merupakan sesatunya jersi yang digunakan oleh pasukan Ibok apabila bermain dalam setiap perlawanan persahabatan melawan pasukan jiran. Jersi tersebut dibeli hasil kutipan Persatuan Pemuda-Pemudi Setia Jaya Ibok. Pada masa tersebut aku masih di bangku sekolah rendah. Pada tahun 1975, ketika berada dalam Darjah 5, pasukan Sekolah Kebangsaan Ibok (SKI) mula menubuhkan sebuah pasukan bolasepak untuk menyertai pertandingan antara sekolah-sekolah rendah. Sebagai persiapan, perlawanan pertama secara persahabatan diadakan dengan melawan Sekolah Kebangsaan Binjai (SKB) di padang lawan. Aku turut terpilih sebagai pemain utama di bawah ketua pasukan, Ruzaidi Ibrahim. Pengalaman pertama lawan bola menimbulkan rasa gementar, apatah lagi bermain di tempat lawan. Seingat aku, pada masa tersebut, tiada sebarang bentuk latihan yang sistematik. Pasukan SKB terlalu handal buat kami yang mentah dan kekurangan dalam segala segi. Pasukan kami kecundang 1-5. Gol tunggal SKI dijaringkan oleh Nawawi. Tidak berapa lama kemudian, tibalah masanya kami menghadapi perlawanan sebenar Pertandingan Bolasepak Bawah Umur 12 Tahun. Dalam pertandingan secara kalah mati itu, SKI diundi bertemu Sekolah Kebangsaan Kijal (SKK) di tempat lawan. Pasukan SKK merupakan sebuah pasukan yang kuat dan berpengalaman menyertai pertandingan sejak beberapa tahun yang lepas. Pemergian pasukan SKI ke Padang Penunjuk, Kijal turut disertai puluhan kaki bola kampung Ibok. Perlawanan berakhir dengan SKI dikalahkan oleh SKK 0-2.
Apabila memasuki Darjah 6 pada tahun 1976, aku telah dipilih sebagai ketua pasukan SKI dalam pertandingan peringkat umur 12 tahun antara sekolah-sekolah rendah Daerah Kemaman, Zon Kemasek. Pertandingan kali ini dijalankan secara liga satu pusingan. Aku memakai jersi nombor 8. Dalam perlawanan pertama menentang SKK di tempat sendiri, kami tewas 1-2. Akulah yang menjaringkan gol tunggal SKI. Beberapa hari kemudian SKI sekali lagi menjadi tuan rumah. Pada kali ini kami berjaya mengalahkan pasukan pendatang baru, Sekolah Kebangsaan Air Jerneh (SKAJ) . SKI berjaya mencipta kemenangan 3-1. Aku berjaya menjaringkan dua gol dan satu gol lagi oleh Md.Nor Ali. Menantikan perlawanan terakhir menentang Sekolah Kebangsaan Kemasek merupakan detik yang menakutkan bagi pasukan-pasukan kerdil seperti SKI. Pada masa tersebut pasukan Kemasek terkenal kerana kekuatannya dan mampu meratah mana-mana pasukan dalam Daerah Kemaman. Sehinggakan nama ketua pasukannya, Nor Azman menjadi popular dan tersiar di dalam akhbar. Kami mendapat berita bahawa Kemasek telahpun membelasah pasukan SKAJ dengan jaringan 8-0 dan menjinakkan pasukan SKK 6-0. Kalau SKK yang mengalahkan kami dengan 2-1 dibelasah oleh Kemasek 0-6, bagaimana pula nasib kami nanti? Tambah gerun apabila menatap di dada akhbar tentang kehebatan Nor Azman yang telah menjaringkan 6 gol. Di kalangan kami, pemain SKI, memang berasa gentar dan memikirkan macamana untuk mengelakkan malu besar dibelasah. Tambahan pula bermain di Kemasek nanti. Entah macam mana timbul idea di kalangan kami untuk mendapatkan khidmat bomoh. Aku bersama beberapa orang rakanku berjalan kaki ke kampung Yakyah, menemui tokki tiri aku, Tok Deraman. Beliau terkenal sebagai bomoh kampung yang hebat dan mampu mengubati pelbagai penyakit atau masalah berkaitan tahyul. Kami ceritakan kepada Toak Deraman tentang hajat kami. Beliau lalu menggali seruas halia bara yang ada di belakang rumahnya. Tak silap aku rombongan kami selain aku adalah Mat Sidek, Mahusin dan Sanadi. Kami bersila mengadap Tok Deraman yang terkumat-kamit membaca serapah sambil memegang halia bara dan daun sireh. Dia berpesan supaya sireh yang digulung dengan halia dimasukkan ke dalam poket seluar bola apabila berlawan nanti. Pada masa tersebut semua pemain peringkat umur 12 tahun berkaki ayam sahaja. Belum ada but yang digunakan. Petang itu,kami pulang dari kampung Yakyah dengan penuh senyuman dan keyakinan. Pasti azimat yang dibekalkan oleh Tok Deraman akan membuatkan pasukan Kemasek kecundang.
Tiba pada hari perlawanan di Kemasek, kami berasa lebih yakin walaupun mengakui hakikat bahawa Sekolah Kemasek terlalu kuat. Wisel ditiupkan menandakan perlawanan bermula. Nor Azman yang membuat sepak mula terus menendang dari jauh tepat ke muka Md Nor Ali. Tergamam seluruh pemain SKI melihat kegarangan Nor Azman. Bola sentiasa berada dalam kawasan gol SKI. Pemain pertahanan SKI tidak mampu menendang bola keluar dari kotak penalti. Penyerang-penyerang Kemasek silih berganti menyerbu. Dipendekkan cerita, gawang kami bolos enam kali. Aku dan kumpulan yang berusaha mendapatkan bantuan Tok Deramang hanya memandang kosong antara satu sama lain. Tak cukup handal ke Tok Deramang? Atau bomoh Kemasek lagi handal?

Ahad, 23 Oktober 2016
Sengsara di Cimahi 2
Seawal jam 5 pagi, pada tanggal 1 Sep 1995, aku telah bangkit dari katil double decker bergegas ke bilik air yang terletak di luar berek penginapan. Hanya beberapa meter saja terletaknya bangunan bilik mandi dan tandas, tetapi setiap siswa tetap diperlukan berpakaian lengkap untuk ke bilik air. Tak boleh hanya bertuala. Lecehnya. Masuk bilik air baru boleh bertuala sahaja. Hari pertama tu memang tak selesa kerana keedudukan tandas yang berdinding rendah serta jenis curah. Aliran air pula agak perlahan. Kalau orang sebelah menyebelah berdiri, masing-masing boleh nampak antara satu sama lain. Nak mandi kena masuk bilik air besar yang menggunakan kolah. Mandi ramai-ramai. Dari awal pagi gegendang telingaku rasa sakit semacam je kerana dihidangkan dengan loghat dan bahasa yang asing bagiku selama ini. Kalau bahasa Indonesia standard tu biasalah aku dengar melalui TV atau wayang gambar. Tapi kali ni bahasanya sepatah harampun aku tak faham. Bunyinya seolah-olah menyucuk-nyucuk gegendang telingaku. Lidahku pula terasa macam nak berbelit kerana perlu sesuaikan dengan sebutan bahasa yang baru perlu dituturkan.
Seperti mana juadah malam tadi, sarapan pagi ni sungguh meloyakan. Nasi putih kekuningan, lembik, melekat, sejuk, bercampur dengan mihun dan sayur air tawar campuran kobis. Walaupun tak menyelerakan, aku paksa jua untuk menelan hidangan yang disediakan. Sesama kami, dari Malaysia, terpinga-pinga memandang antara satu sama lain. Beginikah hidangan yang akan kita hadapi setiap hari selama hampir 6 bulan? Antara kami, tiada siapa yang berani atau sanggup berkata apa-apa. Apa boleh buat, telan sajalah. Tak ada roti, tak ada telur. Sayur air tawar jadi habuan setiap hari. Minum kopi pekat berselang seli dengan teh o berserbuk sebesar batang mancis. Tak kan jumpa kopi susu, teh susu. Jauh sekali horlick atau Milo. Hanya segelas seorang. Air suam dalam cerek saja sebagai tambahan. Usai sarapan, kami ke stor senjata yang terletak di bangunan Balai Pengawal Kem PUSDIK. Setiap orang dibekalkan selaras senapang HSLR zaman Belanda. Beratnya boleh tahanlah juga. Lebih berat daripada M16. Lengkap bersenjata, menggalas pack di atas belakang serta memakai helmet besi, kami siswa seramai 40 orang berbaris pagi di padang kawad. Perbarisan dilakukan menggunakan kaedah kawad TNI. Kami berempat dari Malaysia pastinya keliru kerana sememangnya kawad mereka berbeza. Kami dipecahkan kepada lima kumpulan yang mengandungi 8 orang sekumpulan. Bermulalah acara suaikenal atau orientasi. Setiap kumpulan dikehendaki menarik sebuah meriam gunung. Meskipun meriam gunung tidaklah sebesar 105 mm PH yang beratnya 2881 Lbs, tapi jarak untuk menarik meriam sangat jauh dan meletihkan. Setiap kumpulan mula menarik meriam masing-masing keluar kem, melalui jalan-jalan kampung yang tidak berturap. Merentas desa atau melintas medan sambil menarik meriam, menggalas pack dan menyandang senjata HSLR!. Tak pasti berapa jauh meriam ditarik, tetapi yang pasti memang jauh dan amat meletihkan. Melalui kawasan pedalaman dengan jalan yang berlubang-lubang, berlopak dan sempit. Berjam-jam menarik meriam, melangkaui beberapa perkampungan. Bila matahari telah menegak di atas kepala, kami telah sampai di suatu kawasan yang lapang di pinggir sebuah kampung.
Masa untuk berehat seketika. Kami dijamukan dengan nasi bungkus yang sama tak sedapnya seperti sarapan pagi. Pun begitu terpaksa ditelan juga untuk memulihkan tenaga. Dalam hatiku tak henti-henti menyumpah seranah. Kenapalah aku datang ke sini...kena lanyak macam ni...tak pernah aku rasa sepanjang berkhidmat di tanahair sendiri. Belumpun reda rasa penat dan hadam makanan yang ditelan, kami dikerah pula membuat terjunan gelongsor tali. Seorang demi seorang menggelongsor menggunakan tali dari atas sebuah bukit hingga ke bawah. Jarak dalam 100 meter. Aktiviti ni taklah meletihkan sangat. Ingatkan dah habis. Lepas tu beralih ke aksi selanjutnya. Kena melintasi sebuah kolam dengan memanjat dan melalui tali yang direntangkan di atas kolam. Aku tengok pegawai-pegawai TNI santai sahaja. Seorang demi seorang mereka melepasi tali rentang sama ada dengan teknik bergayut atau meniarap dan berengsot di atas tali. Tiba giliran kami berempat pula! Seorang demi seorang jatuh ke dalam kolam!! Walaupun gagal dalam latihan merentasi kolam, hati aku seolah-olah berasa gembira kerana ujian untuk hari ini sudah selesai. Malangnya, sangkaan aku meleset. Kami semua kena sambung ujian menarik meriam. Dengan perasaan marah yang dipendamkan, kecewa dan geram, kami teruskan tarik meriam. Tatkala azan maghrib berkumandang dari madrasah berdekatan, kami masih tercungap-cungap bermandi peluh, menarik meriam melalui tepi laluan lebuhraya Cimahi. Menjelang waktu Isyak, barulah kami sampai di garisan penamat di dalam Kem PUSDIK. Setelah memulangkan senjata HSLR ke Stor Senjata, kami balik ke berek. Malam ni barulah kami dapat tidur lena dek keletihan yang amat sangat. Tak tau berapa kilo berat badan menyusut pada hari tersebut.
2 September 1995, hari Selasa. Orientasi hari kedua pula. Dengan memakai celoreng, menggalas pack serta membimbit selaras HSLR, kami dikerah keluar kem lagi. Kali ini adalah ujian membaca peta pula. Tengok peta yang disediakan dah membuatkan aku naik pening. Peta lama dan ketinggalan. Nampak berserabut garisan kontor serta penempatannya yang padat dan berselerak. Walaupun tak ada lagi acara menarik meriam, tapi cabaran dan siksaan yang dihadapi sama saja rasanya seperti mana orientasi pada hari pertama. Kami berjalan dalam kumpulan, meredah kampung-kampung, bukit-bukau, sungai, parit dan lurah. Ketika mendaki sebuah bukit berbatu, rasa penat menjadi berganda apabila disajikan dengan laungan lagu-lagu tradisional tempatan yang menusuk telinga. Bukit tersebut hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki atau menaiki kereta kuda saja. Kebetulan ketika sedang mengerah tenaga mendaki bukit, terdapat satu majlis kenduri kahwin di salah sebuah rumah yang terletak di atas bukit tersebut. Lagu-lagu tradisional jawa atau sunda dimainkan dengan kuat. Mendengarkan lagu yang paling tak sedap tu menyebabkan kaki aku terasa lebih berat untuk melangkah.
Selepas menuruni bukit tersebut, laluan kami seterusnya adalah menyusuri sebuah parit pula. Parit selebar sedepa tu sungguh memualkan. Busuk dilimpahi sampah sarap dan kedapatan bangkai ayam. Tak boleh dielakkan kerana ada yang mengawasinya agar kami tak melencong atau menipu. Parit busuk sepanjang lebih seratus meter terpaksa kami harungi. Seluruh badan kini dibaluti pakaian warna coklat kehitaman. Berlendir dan meleleh. Baunya tak perlu disebutkan lagi. Bukan sekadar itu. Belum cukup dengan mendaki bukit berbatu dan mengharungi parit busuk, misi selanjutnya adalah mengutip bendera yang diletakkan di atas kemuncak Gunung Bohong di Cimahi atau juga dikenali sebagai Gunung Padang Kasih. Ketinggian Gunung Bohong adalah 700 kaki dari paras laut. Taklah setinggi mana, tetapi kecuramannya membuatkan aktiviti pendakian Gunung Bohong sangat meletihkan. Tambahan pula kami berempat sebenarnya tidak pernah dimaklumkan bahawa kursus yang dihadiri ini memerlukan persiapan fizikal yang mantap. Lainlah bagi pegawai-pegawai TNI. Kursus ini sangat penting untuk peningkatan kerjaya mereka. Seorang demi seorang pegawai-pegawai TNI berjaya tiba di kemuncak Gunung Bohong. Kami berempat pula terkial-kial. Beberapa langkah merangkak, berhenti sejenak menarik nafas yang tercungap kencang. Kapt Shamsudin dan Kapt Baber menjadi pegawai ATM yang pertama dan kedua tiba di kemuncak, tetapi ketiga dan keempat terakhir di kalangan keseluruhan 40 peserta. Akhirnya aku sampai juga di kemuncak. Orang ketiga di kalangan ATM dan kedua terakhir secara keseluruhan. Sebaik aku sampai di kemuncak, kelompok besar yang tiba awal telahpun selesai mengambil bendera dan menyanyi lagu artileri TNI dan terus menuruni gunung. Belum sempat menarik nafas panjang, aku terus mengekor dari belakang menuruni Gunung Bohong. Dalam perjalanan turun, aku lihat Kapt Aminullah masih terduduk di atas seketul batu besar di tepi laluan. Beliau gagal sampai ke kemuncak.
Lewat petang barulah kami sampai semula di Kem PUSDIK. Terus ke bilik air untuk menghilangkan bau busuk badan yang berbalutkan uniform coklat kehitaman. Selesai orientasi dua hari yang sungguh menyiksakan. Masih terlalu lama masa yang perlu ditempuhi. Petang tadinya sempat juga meluangkan masa ke warung telefon (wartel) di hadapan luar pagar Kem PUSDIK. Menghubungi isteri tersayang, meluahkan perasaan. Terubat seketika rasa rindu dendam.
Sekadar ini dulu.....akan datang....Menghadiri kelas dalam bahasa Indonesia, lawatan ke tempat menarik, bertemu sahabat lama dari SMC, Sidiyono sahabat sejati.....

| Kemuncak Gunung Bohong, Cimahi |
![]() |
| Peta Cimahi |
![]() |
| Kota Cimahi yang padat |
Cerita Cinta Bola
Seperti biasa, pada hari-hari bekerja, tepat jam 0445 pagi, alarm berbunyi di telefon bimbit, Kalau ikutkan hati rasa malas nak bangun kerana belum puas tidur. Melawan perasaan, aku segera bingkas. Ketika fikiran masih terawang dan mata masih berpinar-pinar, aku capai Lenovo A880 di birai katil. Jari jemari menaip pada skrin telefon, membuka web dailymail.co.uk. Kemudian tekan pada sports. Keluar berita, Chelsea membelasah Manchester United 4-0. Aku cuma terdiam. Berasa agak gembira kerana pasukan musuh ketat kena belasah. Dalam masa yang sama ada juga rasa geram kerana terbayang di fikiran, Syafiq pasti tersenyum lebar. Namun begitu, rasa kepuasan masih menguasai kerana kedua-dua team seteru masih berada di bawah kedudukan Liverpool.
Bolasepak merupakan sukan nombor wahid bagiku. Menjadi kesukaanku sejak aku belumpun menjejakkan kaki di bangku sekolah rendah. Seperti yang pernah aku ceritakan terdahulu, padang bola Ibok menjadi pencetus minatku terhadap bolasepak. Perlawanan bolasepak persahabatan antara tim kampung Ibok dengan kampung-kampung sebelah sering menjadi tumpuan kami sekalian. Sekali-sekala ada perlawanan sepak takraw, tetapi ianya bermusim dan tidak mampu menarik minat ramai penduduk. Padang bola Ibok sesatunya lapangan permaianan yang menjadi tempat tumpuan. Biasanya orang-orang dewasa akan mula sesi menendang bola di salah satu pintu gol pada jam hampir 6 petang. Giliran budak-budak hanya terhad sebelum orang-orang dewasa masuk padang. Bila orang dewasa dah menguasai padang, budak-budak macam aku hanya dapat bermain di tepi padang belakang gol menghala ke sungai.
Minat terhadap bola juga didirong oleh siaran bolasepak Liga Inggeris di TV Malaysia. Tok Him Polis yang dibantu oleh isterinya Cik Som, berniaga makanan. Mereka merupakan manusia pertama dari Ibok yang memiliki TV. Sebuah TV hitam putih berukuran 12 inci dan menggunakan kuasa generator. Pada waktu tu tiada elektrik lagi. Siaran TV Malaysia masih hitam putih dan bermula sekitar jam 3 petang hingga 11 malam. Sejak Tok Him ada TV, kedai makannya kian menjadi tumpuan. Seluruh penduduk Ibok dan kampung sekitarnya seperti Yakyah, Pondok Limau hingga ke Jong Belaboh akan membanjiri halaman kedai Tok Him, terutamanya pada malam Sabtu. Malam Sabtu sangat meriah dengan kehadiran warga Ibok untuk menonton tayangan gambar melayu. Sekali dalam seminggu, sebelah petang ada siaran bolasepak Liga Inggeris di TV Malaysia. Waktu tu ramailah peminat bola terpaku di depan TV yang diletakkan atas sebuah meja. Sekali-sekala deruman generator tenggelam oleh sorakan penonton apabila terdapat jaringan gol. Kadang-kala ketika asyik menonton siaran TV, Tok Him terpaksa menutup suis seketika kerana generator perlu diisi mintak petrol. Aku adalah antara budak-budak yang sangat setia dan jarang ketinggalan berada di hadapan TV Tok Him apabila siaran bola ke udara. Pada zaman tersebut, Liverpool merupakan sebuah pasukan yang paling hebat dan termasyhur. Perlawanan yang melibatkan Liverpool sering disiarkan. Dari situlah cinta aku terhadap Liverpool mula berputik. Seorang demi seorang nama-nama pemain handalan Liverpool menjadi mainan di bibir aku. Pemain yang menjadi kegilaanku termasuklah penjaring gol utama, Kevin Keegan dan penjaga golnya Ray Clemence. Selain Liverpool, pasukan yang agak popular dan biasa aku dengar pada masa itu ialah Arsenal, Ipswich dan MU. Pada zaman tu, pasukan seperti Chelsea tak pernah aku dengar langsung.
Kegilaan dan ketaksuban terhadap Liverpool membuatkan aku kerap berangan-angan untuk menjadi pemain bola sehandal mereka. Bila berpeluang bermain bola di padang bola Ibok, aku pasti cuba meniru aksi nama-nama besar yang menjadi idola aku. Selain di TV dan di padang bola Ibok, aku tak pernah menonton perlawanan-perlawanan melibatkan pasukan lain. Pada usia 6 tahun, iaitu pada tahun 1970, Stadium Darul Makmur, Kuantan telah dibuka secara rasmi. Sebagai pembukaan rasmi stadium, perlawanan pembukaan bolasepak Piala Merdeka 1970 telah diadakan di stadium tersebut. Aku berpeluang mengikuti rombongan orang kampung Ibok menaiki bas bersama-sama keluargaku ke Stadium Darul Makmur, menonton perlawanan antara pasukan kebangsaan Malaysia melawan Thailand. Setelah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2. Walaupun kurang berpuas hati dengan keputusan perlawanan tetapi aku pulang ke rumah dengan perasaan riang kerana dapat menyaksikan perlawanan peringkat antarabangsa buat pertama kalinya dalam hidup. Keseronokan tersebut menebalkan lagi kecintaanku terhadap bolasepak.
Sekadar ini dahulu....akan datang...kali pertama menyarung jersi dan menjadi pemain professional.

| Aksi Kevin Keegan bersama Liverpool |
![]() |
| You'll Never Walk Alone |
![]() |
| Stadium Darul Makmur 1970 |
Jumaat, 21 Oktober 2016
Foto-Foto Sengsara di Cimahi
Khamis, 20 Oktober 2016
Sengsara di Cimahi
Cimahi merupakan sebuah kota dalam Kabupaten Bandung. Pada perkiraan aku jarang sekali kedapatan rakyat atau pelancong Malaysia yang berkunjung ke Cimahi kerana Cimahi bukanlah sebuah bandar yang popular untuk wisata, terutamanya bagi rakyat Malaysia. Sebelum menjejakkan kaki di Indonesia, aku tidak pernah tahu tentang Cimahi. Sehingga sekarangpun, tidak kutemui mana-mana agensi pelancongan di Malaysia yang memapar atau mempromosi kunjungan ke Cimahi. Rakyat Malaysia sangat maklum jika disebut Bandung, Bali, Lombok, Surabaya, Medan dan banyak lagi. Tetapi tidak mengenali sama sekali Cimahi.
Indonesia adalah negara luar kedua yang aku lawati selepas Singapura. Singapura, aku kunjungi pada tahun 1983, iaitu bersama-sama rakan-rakan tingkatan 6 dari SMTIZ, sebagai meraikan selesainya STPM. Lawatan beberapa jam ke Singapura menggunakan pas masuk terhad hanya untuk membeli-belah sahaja. Malangnya, tiada sekeping gambarpun yang ada dalam simpanan. Cimahi buat pertama kali aku ketahui apabila menghadiri Kursus Lanjutan Perwira 2 di Pusat Pendidikan Artileri (PUSDIK ART) . Selama hampir 6 bulan aku menempuh dugaan dan berasa sengsara sepanjang menjalani kehidupan di Cimahi.
Ketika aku menarik beg beroda keluar dari rumah sewa di Taman Sri Kluang, menuju ke arah Land Rover yang sedia menunggu di luar pagar, anak bongsu ku Ahmad Syakir Yaqzan belumpun cukup setahun usianya. Tentunya dia belum mengerti dan memahami situasi pada masa itu. Dia berada dalam dukungan isteriku yang pastinya telah berlinangan air mata kesedihan. Turut mengiringi pemergianku buat pertama kalinya ke luar negara untuk suatu jangkamasa yang agak lama, adalah sepupuku Kak Pah bersama Abang Him dan anaknya Om. Kebetulan 3 beranak tersebut datang berkunjung ke rumahku sehari sebelum itu. Mereka datang berkunjung tanpa memaklumkan terlebih dahulu. Maklumlah waktu dulu bukannya ada komunikasi secanggih sekarang. Kesiannya mereka, baru semalam tiba, aku dah terpaksa pergi tinggalkan mereka. Aku tak begitu mengingati sangat keberadaan kedua-dua anak perempuanku, Fatin dan Atiqa di saat aku hendak berangkat ke kuala Lumpur. Yang jelas dalam ingatanku hingga sekarang adalah Syakir yang masih belum mengerti apa-apa, berada dalam dukungan emaknya yang makin sebak dan sedih. Menangis tersesak-esak tanpa mempedulikan kehadiran sepupuku.
31 Ogos 1995, tatkala seluruh rakyat Malaysia sedang merayakan Hari Kemerdekaan negara ke-38, aku bersama 3 rakan seperjuangan dari ATM, iaitu, Kapt Shamsudin Hasni, Kapt Baber Zuman dan Kapt Aminullah Hj Omar, memasuki perut kapal terbang MAS buat pertama kali dalam sejarah hidup. Pesawat MAS berlepas dari Lapangan Terbang Subang sekitar jam 1200 pagi. Sebaik saja kapal terbang berada di awan, aku telah mula melayan perasaan. Wajah-wajah isteri dan anak-anak yang baru ditinggalkan mula bermain-main dalam bayanganku. Baru saja berpisah, tapi rasa rindu tiba-tiba membuak. Menjadikan fikiranku bercelaru dan resah, Terasa ingin kembali ke pangkuan mereka dengan serta-merta. Bagaimana nak ku tempuhi lima ke enam bulan lagi tanpa mereka di sisi? Sepanjang penerbangan, tatkala rakan-rakanku lena diulit mimpi, aku tidak mampu melelapkan mata. Wajah-wajah orang kesayangan silih berganti. Terdetik dalam benakku. Bagaimana nanti kehidupan keluargaku pula tanpa kehadiranku dalam masa yang agak lama. Terbayang betapa susahnya isteriku nanti untuk mengurus anak-anak yang sedang membesar. Fatin berumur 4 tahun, Atiqa, 3 tahun dan Syakir, hampir setahun. Isteriku tidak ada lesen memandu dan tidak pernahpun belajar memandu. Kalau anak-anak sakit tengah-tengah malam, pasti sukar untuk isteriku ke klinik yang agak jauh. Mungkin dia boleh minta bantuan jiran sebelah Cikgu Liew. Jiran berbangsa cina tapi sangat rapat dengan keluarga kami. Dia pasti boleh diharapkan untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan.
Dua jam terbang, kamipun mendarat di Bandara Sukarno Hatta, Jakarta. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Indonesia. Detik itu teringat kembali aku kepada saat kegagalan aku untuk melanjutkan pelajaran di Indonesia suatu ketika dulu. Seperti yang aku coretkan sebelum ini, aku pernah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di universiti di Indonesia. Namun, cita-citaku terkandas lantaran tidak dapat meneruskan peperiksaan kelayakan di Kedutaan Indonesia. Aku terpaksa bergegas pulang ke Kemaman kerana kematian emak pada tahun 1985. Cita-citaku untuk belajar di universiti Indonesia, tidak kesampaian, tetapi Allah Taala menggantikannya dengan menghantar aku menghadiri kursus panjang di Bandung, Indonesia. Kuasa dan ketentuan Allah. Dia tidak memberi apa yang kita hajati semata-mata, tetapi memberi apa yang kita sebaiknya perlukan. Sekurang-kurangnya aku berjaya jua belajar di Indonesia, meskipun dalam bidang yang berbeza. Lebih penting, dapat mengenali dan berada agak lama di bumi Indonesia. Terdetik pula di hati, alangkah bagus dan bahagianya kalau kunjunganku ke Indonesia ini disertai oleh semua ahli keluargaku. Pasti aku gembira dan lebih seronok apabila sentiasa berada bersama isteri dan ketiga-tiga anak comelku yang sedang membesar. Ketibaan kami berempat siap disambut oleh wakil TNI. Kami berempat dibawa ke Markas Besar ABRI, Jakarta. Pada waktu sampai di Kem tersebut, solat Jumaat sedang berlangsung. Jadi, kami tak sempat solat Jumaat hari tu. Buat pertama kalinya juga, kami dihidangkan makan tengahari dengan nasi gudej bungkus. Makanan sunda yang dimakan terasa begitu sukar untuk ditelan. Langsung tak menepati selera Melayu kami. Alahai, kalau macam ni lah rasanya, tak makanlah jawabnya.
Beberapa ketika kemudian, kami dihantar ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta. Di sana sedia menanti staf Pembantu Pertahanan Malaysia, iaitu Staf Sarjan Salleh. Dalam pada asyik berbual, kami dikejutkan dengan perkhabaran bahawa kami berempat harus segera terbang ke Cimahi pada petang itu juga kerana kursus akan bermula pada pagi esoknya. Tiada pengecualian. Staf Sarjan Salleh menghantar kami ke lapangan terbang. Belumpun hilang rasa letih, kami terus menaiki pesawat Merpati Air dari Jakarta menuju ke Bandung. Tak sampai sejam, dari atas awan telah kelihatan sebuah lapangan terbang yang berada di dalam sebuah kem tentera di pinggir Kota Bandung yang begitu padat dengan penempatan. Sebaik keluar dari pintu pesawat, jelas terpampang Bandara Hussin Sastranegara. Dari situ kami dibawa menaiki sebuah truck tentera menuju ke Cimahi. Cimahi adalah sebuah kota atau pusat tempat terletaknya banyak pusat-pusat latihan tentera. Selain itu, ada Universiti Jeneral Ahmad Yani atau ringkasnya UNJANI. Sepanjang perjalanan, di kiri kanan, banyak kelihatan kem-kem tentera dan pusat-pusat latihan tentera serta sebuah hospital tentera iaitu Hospital Dustira.
Truck yang dinaiki memasuki pintu pagar kem yang terpampang di gerbangnya perkataan PUSDIK ART. Kami diturunkan di depan sebuah bangunan berek besar peninggalan Belanda. Tempat penginapan kami jauh berbeza jika nak dibandingkan dengan mes pegawai di kem-kem Malaysia. Berek di Pusdik ni dilengkapi dengan katil double decker. Bilik air berasingan dan berpusat di bahagian luar berek. Tandas curah dan mandi menggunakan air kolah. nampak tak selesa kerana tandas sebaris dan rendah. Kalau orang sebelah menyebelah sama-sama berdiri, boleh nampak antara satu sama lain. Sebahagian besar peserta atau penuntut kursus dari TNI telahpun melapor diri. Kami saling berkenalan. Kehadiran orang luar Indonesia menyertai kursus ini buat pertama kalinya, menjadikan mereka agak teruja. Lucunya kami baru mula belajar bercakap loghat Indonesia. Sesama mereka pula ada yang guna loghat jawa atau sunda. Sepatah harampun kami tak faham. Betul-betul rasa tak selesa. Kami berempat diberikan katil atas. Rasa macam budak-budak pula. Makan malam pertama di kem tersebut rasa macam nak muntah. Nasi dahlah sejuk, pas tu melekat, lembik. Lauknya seketul kecil ayam goreng yang masih ada 2-3 helai bulu masih melekat dan berkuahkan air taugeh campur kobis. Disediakan segelas kopi pekat yang suam serta tambahan air kosong dalam cerek. Walaupun tak suka minum kopi, terpaksalah aku telan juga segelas kerana kehausan. Tak ada meja makan macam di mes Malaysia. Berbeza sangat. Sepanjang malam, sukar untuk lelapkan mata. Wajah isteri dan anak-anak sentiasa terbayang. Rasa sedih dan sebak. Tapi aku berjaya pendamkan perasaan. Tanpa dapat disekat, mengalir juga airmata kerinduan.
Tanggal 1 Sep 1995, hari Sabtu........Bersambung

Ahad, 16 Oktober 2016
Jumaat, 14 Oktober 2016
Dia Ibuku 2
Kami
berempat menumpang di rumah Kak Nor dan Abang Aziz di Selayang Baru. Keesokan
paginya kami terus ke Pejabat Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak. Kelihatan
ramai calon-calon telah sampai di Kedutaan RI untuk menduduki ujian kemasukan
ke universiti Indonesia. Setelah menemui pegawai di Kedutaan, kedua-dua rakan
saya turut dibenarkan menduduki ujian untuk hari pertama. Senarai calon yang
layak untuk dipanggil menduduki ujian akhir yang akan diadakan keesokan hari,
akan dimaklumkan di papan kenyataan pada sebelah petang. Sementara menunggu
keputusan ujian hari pertama, ayah mengajak kami ke rumah kakak angkatnya di Taman
Koperasi Guru, Bandar Tun Razak. Sebelah tengaharinya ke kampung Pandan pula.
Ayah tak pasti sangat alamat rumah yang dicari di kampung Pandan, jadi kami
teraba-raba mencari rumah yang dituju. Ketika ayah masih merayau-rayau di
kawasan sekitar, saya tiba-tiba rasa mengantuk yang amat sangat. Saya duduk di
atas batu di bawah fly over. Saya terlelap seketika, sementara ayah dan kedua
rakan saya masih tercari-cari rumah kakak angkatnya. Setelah beberapa ketika,
saya sedar dari lelap dan mengikut ayah semula. Kami berada dalam kawasan
penempatan kampung Pandan. Beberapa orang yang ditanya tidak dapat memberi
jawapan kepada pertanyaan ayah. Ayah pergi ke sebuah pondok telefon untuk
menelefon seseorang. Ketika ayah mula mengangkat gagang telefon tu, saya berada
tidak jauh darinya.
Seketika, saya terdengar ayah menyebut “Innalillahi
wainna ilaihi rojiuun” dan kelihatan riak wajahnya berubah dengan ketara serta
merta. Dia terus meletakkan gagang telefon. Wajah ayah pucat dan menggeletar.
Saya tanya ayah, apa yang berlaku? Ayah senyap. Tak berkata apa-apa. Saya tanya
lagi, apa yang berlaku? Ayah gelengkan kepala sambil berkata, tak ada apa-apa.
Saya kata pada ayah, mesti ada apa-apa, sebab ayah ada sebut innalillah tadi.
Siapa yang mati? Ayah tetap tak jawab. Saya ulang lagi, siapa yang mati? Tak
dapat saya gambarkan perasaan saya pada masa itu. Tak tahu apa sebenarnya yang
berlaku. Saya agak mesti ada kematian kerana ayah ucap innalillah tadi. Badan
saya terasa lemah, beribu persoalan muncul dalam
fikiran...berkecamuk...serabut...bimbang...Ya Allah siapa pulak yang mati? Apa
sebenarnya yang berlaku? Ayah tarik saya sambil berjalan cepat-cepat. Shaidi
dan Redzuan, pasti dalam kebingungan, tidak bercakap apa-apa, hanya mengikut
dari belakang. Kita balik sekarang, kata ayah. Saya tanya ayah berkali-kali,
tapi ayah tetap membisu. Saya rasa seperti hendak meraung.
Ayah meluru ke arah sekumpulan pemandu teksi, berbincang
sesuatu. Kami berempat naik teksi. Ketika kami bertolak dengan teksi dari
kampung Pandan, waktu sudah hampir maghrib. Waktu itu belum ada lebuhraya dari
KL ke Pantai Timur. Perjalanan mengambil masa begitu lama. Ayah duduk di
bahagian hadapan. Saya di belakang sebelah kanan. Sepanjang perjalanan hati
saya berkecamuk. Tiada sepatah perkataan keluar dari kami semua. Hanya diam
membisu. Dalam hati saya berteka-teki, siapa sebenarnya yang meninggal dunia.
Pasti salah seorang yang rapat dalam keluarga kami. Satu demi satu, wajah
orang-orang tersayang muncul dalam benak. Kakak sulung saya Raiha ke? Apa
berlaku kepada dia? Kenapa dia meninggal dunia? Sakit ke? Setahu saya, dia tak
ada sakit apa-apapun sebelum ni? Atau dia accident ke? Ya Allah, janganlah
matikan dia lagi. Kemudian muncul pula wajah adik bongsu saya, Emi. Terbayang
saya saat saya hendak berlepas ke KL tempohari. Dia bersama emak di atas beranda
sambil melambaikan tangan. Adakah Emi yang mati? Apa yang berlaku kepada Emi?
Ya Allah janganlah matikan adik bongsuku itu. Saya sayang dia. Saya belum
sempat melunaskan pesan mak supaya menjaga dan membesarkan dia jika mak mati
nanti. Tak mungkin Emi yang mati. Kemudian muncul pula wajah emak. Ya Allah,
adakah emak saya yang mati? Apa yang berlaku kepada mak saya? Janganlah matikan
mak saya. Saya sangat sayangkan dia. Hati saya memujuk diri saya sendiri, tak
mungkin mak yang mati. Mak tak ada sakit apapun. Entah kenapa hanya wajah
ketiga-tiga insan tersayang itu saja yang muncul dan bermain di benak saya.
Tekaan saya hanya kepada mereka bertiga, Kak Long Raiha, Emi dan emak. Kenapa
wajah-wajah lain tak muncul? Bilah, Jihadi dan Saiful. Dalam firasat saya, Bilah, Jihadi dan Saiful
tak mungkin berlaku apa-apa kepada mereka.
Sepanjang perjalanan, saya tidak mampu melelapkan mata.
Ketika Redzuan dan Shaidi sedang lena diulit mimpi, saya masih berkecamuk,
berteka-teki dan resah yang amat sangat. Saya tak pandang ke arah ayah. Saya
tahu ayahpun dalam keadaan yang amat resah. Apabila tiba di kampung Yakyah,
saya menoleh ke sebelah kanan, ke arah rumah Tok Wan Mak Yah. Gelap, tak
bercahaya. Terus terdetik dalam hati saya, pasti kematian berlaku antara Kak Long
Raiha, Emi atau emak, bukannya Tok Wan. Rumah Tok Wan gelap kerana dia tentu
berada di Pondok Limau. Ya Allah, semakin dekat hendak sampai ke Pondok Limau
semakin resah dan gementar seluruh jiwa saya. Terus tertanya-tanya. Siapa yang
mati?
Di antara waktu lewat malam dan sebelum menjelang subuh,
teksi yang dinaiki tiba di perkarangan rumah Pondok Limau. Dari dalam teksi
lagi saya pandang ke arah rumah. Terang benderang...terdapat ramai orang...sah
ada kematian!!. Ya Allah!..siapa yang mati?. Saya terus meluru ke dalam rumah.
Saya nampak ramai orang..masing-masing diam saja. Saya tak nampak Kak Long
Raiha...saya tak nampak Emi...saya tak nampak emak. Spontan suara saya
terkeluar, bertanya, siapa yang mati? Terdengar seseorang menjawab, mak!. Ya
Allah! Terasa gelap pandangan...lemah...hancur luluh...tak sempat saya untuk
terus ke bilik tempat sekujur tubuh yang telah kaku berselimut seluruh
jasad...saya hanya mampu terduduk... saya telah kehilangan seorang insan yang
paling saya sayang di dunia ini, sampai bila-bila....Saya kehilangan mak saya
untuk selama-lamanya!! Saya juga tidak dapat meneruskan cita-cita untuk
melanjutkan pelajaran ke Indonesia! Saya juga tidak dapat turut serta menjulang
Piala Adun Kijal! Saya hilang ketiga-tiganya dalam suatu masa!! Namun
kehilangan emak ketika saya tiada di sisinya meninggalkan bekas yang mendalam
sehingga ke penghujung nyawa. Saya tidak memeluk dan mencium emak saat
meninnggalkannya tempohari. Saya tidak sempat memohon ampun dan maaf pada mak.
Saya tidak sempat membalas budi dan jasa mak. Sehingga sekarangpun saya gagal
melunaskan hutang saya pada emak untuk menjaga Emi sebagai pengganti mak.
Kalaulah saya tahu penyakit darah tinggi yang mak hidapi tu sebenarnya cukup
berat, pasti saya takkan tinggalkan mak begitu saja. Kalaulah saya tahu
lambaian di beranda itu adalah yang terakhir, pasti saya akan memeluk dan mencium
mak sepuas hati. Mak telah pergi menemui
Penciptanya dalam usia yang masih muda, meninggalkan kami, anak-anakmu yang
masih dahagakan kasih sayangmu. Tanpa sempat mengenal menantu dan menimang
cucu. Seorang emak yang penyayang. Masakanmu tetap tiada tandingan. Senyumanmu
sentiasa menawan. Allah lebih menyayangi mak. Kalaulah mak masih ada,
barangkali belum tentu kami anak-anak dan cucumu mampu menjaga dan berbakti
padamu. Justeru, tuhan mengambilmu dulu, supaya anak-anak dan cucumu tidak
dipalit dosa kerana mengabaikan mu di kala tua.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mak, diampunkan
segala dosa dan dimasukkan ke syurga. Nantikan anak-anak dan cucu-cucumu di
pintu syurga.
PUSARA IBU
Ketika ibu dijemput mengadap
Ilahi
Sendirian tanpa suami dan
anak-anak di sisi
Belum sempat kenal menantu
dan menimang cucu
Seluruh jiwa raga kami disentap dipalu haru
Ketika ibu diusung pergi
Menuju ke alam hakiki
Ayah hiba ditinggalkan isteri
Anak-anak derita kehilangan
bonda sejati
Mahligai terbina telah
hilang seri
Tiada lagi tawa jelita sang
permaisuri
Tiada lagi usap manja sang
rajuna hati
Ketika ibu diturunkan ke
liang lahad
Dalam sendu dan pilu
menyayat
Suami dan anak-anakmu kaku
tercegat
Redha atas kepergianmu
tinggalkan alam hayat
Setelah ibu selamat
bersemadi di alam abadi
Tinggallah amalanmu sebagai
bekalan sejati
Serta doa anak-anakmu
bersama kalimat suci
Hanya pusara sebagai ganti
Saban hari, ayah berkunjung
melepaskan resah di hati
Pada sepasang batu nisan
yang tegak berdiri
Bait-bait doa di bibir tidak kenal sunyi
Setiap hari, anak-anak bertandang memujuk hati
Yang masih remuk redam kesal tidak terperi
Mengenang dosa padamu yang belum tercuci
Setelah dua puluh tahun
berlalu
Pusara ibu masih setia di
situ
Tetapi sepasang batu putih
telah bertukar kelabu
Di dadanya dibaluti samun
dan semalu
Sudah hilangkah rindu resah seorang lelaki
seperti dulu?
Sudah lekangkah sendu gelisah insan bernama anak
cucu?
Benarlah bagai kata pepatah
Sekali air bah pasti pantai
berubah
Ayahku, suamimu telah ada
pengganti
Kami, anak cucumu telah
memiliki mahligai sendiri
Tinggallah pusara ibu sepi
dimamah hari
Kasih yang bertaut terlerai
sendiri
Mujurlah datang lagi Al-Mubarak ini
Malam kudus kembalikan
semarak suci mewangi
Biarpun berada merata dan
bercempera
Bait-bait doa kembali meniti
di sepasang bibir lesu
Menghajatkan alam abadimu
kekal terang seperti selalu
Syawal tidak pernah mungkir
janji
Tidak seperti suami dan anak
cucumu
Janji setia diungkap mudah
terlupa
Berlalunya rembang petang
akhir Ramadan
Menyambut kedatangannya bersama takbir berkumandang
Pusara ibu yang begitu lama
bisu dan sepi
Kini kembali dikunjungi dan disirami
Secangkir air mawar sejambak bunga
Disulami doa bersama deraian air mata
Sebuah pusara tua tempat
semadinya jasad ibu tercinta
Kembali menggamit rindu
kalbu penuh syahdu
Penawar rindu teramat dan dendam kesumat seorang
suami
Pengubat kasih keruan putera
dan puteri
Di pagi Aidil Fitri mulia ini
Akan bersatukah kita
kembali?
AHMAD JAFNI ABDUL GHANI
Permatang Pauh
5 Ramadan 1406.
Seribu Penyesalan
Tanpa desir angin malam seperti selalu
Tiada jua jerit pekik cengkerik mengiramakan lagu
Kelawar dan burung tukang turut bisu membatu
Malam ini menjadi begitu sepi dan kaku
Seluruh jiwa dan kalbu bergolak tidak menentu
Terbang melayang kembali ke masa dulu
Lantas muncul wajah ibu yang cerah dan ayu
Tergambar zaman indah dan susah payah bersamamu
Terpancar sekuntum senyum penawar rinduku
Terkenang kejerihannya yang mendewasakan liku hidupku
Syakban itu Rahmat Ilahi telah mengundangmu
Syakban itulah untuk selamanya aku kehilanganmu
Namun setelah sekian lama masa berlalu
Seribu penyesalan masih tetap mengganggu
Kerana akulah anak yang tidak berada di sisi ketika akhir
hayatmu
Kerana akulah anak yang tidak sempat memohon keampunan
dan keredhaanmu
Kerana akulah anak yang tidak berupaya membalas budi
muliamu
Kerana akulah anak yang tidak berdaya mengotakan janji
setia padamu
Kerana akulah anak yang telah melukakan hati suamimu
Kerana akulah anak yang telah mensesiakan ahli keluargamu
Kerana akulah anak yang telah lama tidak menghirup udara
desamu
Kerana akulah anak yang telah lama tidak mengunjungi
pusaramu
Ahmad Jafni
Bukit Sentosa
24 Rabiulakhir 1429
1 Mei 2008
Dia Ibuku
Salam untuk semua. Banyak lagi yang hendak
saya ceritakan tentang sungai Ibok. Kenapa sungai Ibok? Seperti yang saya
nyatakan sebelum ini, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat
bermain...Memang..sungai Ibok begitu melekat di sanubari saya. Banyak sekali
kenangan manis bersangkutan dengan sungai Ibok, biarpun keberadaan sungai Ibok
pada masa ini tidaklah seindah seperti dulu. Sungai Ibok telah jauh berubah.
Saya tinggalkan seketika coretan tentang sungai Ibok, sementara menanti kiriman
foto-foto terbaru sungai Ibok seperti yang dijanjikan oleh salah seorang anak
buah yang masih bermastautain di Ibok. Dia, seseorang yang pernah merasai
kemeriahan dan kegirangan berkubang di sungai Ibok suatu ketika dulu. Dalam
pada menanti kiriman foto terbaru untuk disisipkan di ruangan ini, saya memohon
kepada sesiapa di kalangan kerabat atau warga Ibok yang terbaca catatan ini,
sekiranya ada menyimpan foto-foto lama sungai Ibok, mohon bermurah hati mengirim
kepada saya. Tiada satupun foto sungai Ibok zaman dulu berada dalam simpanan
saya.
Dalam setiap kehidupan,
kita sebagai insan pasti akan menempuh detik waktu bahagia, gembira, duka,
malang, aib, berjaya dan gagal. Seumur hidup saya yang telahpun menjangkau usia
setengah abad, juga pernah merasai dan mengalami pelbagai peristiwa suka dan
duka. Justeru, coretan ini saya khususkan kepada satu peristiwa atau trajedi
yang paling menyedihkan dalam hidup saya.
Pemergian emak saya
menemui Sang Pencipta untuk selama-lamanya adalah detik yang paling pedih dan
sedih dalam hidup saya. Sejujurnya, jika ditanya, saya tidak pernah menghafal
tarikh tepat kematian emak saya. Kerana pada saya, saya tidak mahu mengenang
kembali tarikh yang meruntun seluruh jiwa saya, tarikh yang meremuk redamkan
segala perasaan saya, tarikh yang meluka hancurkan perasaan saya. Pun begitu,
apalah daya saya. Saya bukannya tidak meredhai pada suratan takdir. Siapalah
saya untuk menepis segala takdir yang telah tersurat di Loh Mahfuz.
Setelah selesai menduduki
peperiksaan STPM, saya memang ada menyimpan cita-cita dan menaruh harapan untuk
melanjutkan pelajaran ke menara gading. Hasrat yang sama tidak pernah lelah disuarakan oleh ayah saya.
Sejak dalam darjah lima lagi ayah sering bersuara memberi galakan dan memasang
hajat agar saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian
Darjah 5. Sejak Sekolah Kebangsaan Ibok (SKI) dibuka, belum ada seorangpun
murid-murid SKI yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Pencapaian terbaik
diperolehi pada tahun 1974 oleh Edi anak Tok Him Polis atau nama penuhnya
Ruzaidi Ibrahim, yang memperolehi 2A.
Ayah sering menyebut nama sekolah-sekolah tersohor yang menjadi
idamannya seperti SDAR, STAR, Tun Fatimah, Alam Shah, Seri Putri dan MCKK. Saya sendiripun ada memasang angan-angan
untuk memasuki MTD. Setelah kedua-dua
kakak saya, Raiha dan Supatree tidak berjaya mencapai misi yang ditetapkan
ayah, sayalah taruhan berikutnya. Namun,
seorang lagi anak yang diharapkannya menghasilkan keputusan yang mengecewakan.
Saya tahu ayah kecewa lagi. Pada saya kegagalan kami bertiga pada masa tersebut
bukanlah kerana kami terlalu teruk berbanding dengan pencapaian adik-adik kami.
Sistem peperiksaan pada masa tersebut agak pelik boleh saya katakan. Pada masa
tersebut tiada langsung buku rujukan dan koleksi soalan-soalan lepas. Di SKI
langsung tidak ada kelas tambahan, apa lagi tuisyen. Yang saya tak faham adalah
kertas-kertas soalan akan dibakar sebaik saja murid-murid selesai menduduki
peperiksaan.
Saya selesai menghadapi
peperiksaan STPM dengan mendapat keputusan 3P 2R. Berdasarkan keputusan tersebut, saya masih
tidak terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA. Pada masa
tersebut hanya terdapat 5 buah IPTA utama. Tidak ada IPTS, melainkan Kolej TAR,
yang rata-ratanya menerima pelajar berbangsa cina. Manakala ITM, Politeknik
Ungku Omar dan Politeknik Kuantan hanya mengambil pelajar lepasan SPM untuk
kursus bertaraf Diploma sahaja. Justeru, saya memohon untuk melanjutkan
pelajaran di Indonesia. Pada waktu itu, memang banyak universiti sedia ada di
Indonesia. Saya tertarik untuk melanjutkan pelajaran di Indonesia kerana
terpengaruh dengan filem-filem Indonesia yang sedang menguasai
panggung-panggung wayang dan televisyen di Malaysia. Pelakon-pelakon ternama
Indonesia seperti WD Moechtar, Farouk Afero, Dicky Zulkarnaen, Drg Fadly dan
Lenny Marlina bermain di bibir peminat filem tanahair. Bersama dua orang rakan
karib sekampung yang juga berkelulusan STPM iaitu Shaidi dan Mohd Redzuan
Embong, kami menghantar surat permohonan memasuki universiti Indonesia melalui
pejabat Kedutaan Indonesia. Tidak berapa lama kemudian, saya sesatunya dari
kami bertiga menerima surat panggilan menduduki ujian pemilihan bakal graduan
universiti Indonesia. Ujian akan diadakan di Kedutaan Indonesia, Jalan Tun
Razak, Kuala Lumpur. Menerima surat
panggilan ujian tersebut sudah dianggap sebelah kaki telah menjejaki universiti
di Indonesia. Perkhabaran tersebut diterima dengan senang hati oleh emak dan
ayah saya.
Setelah beberapa tahun
setia menjadi penonton pada setiap perlawanan bola persahabatan tim kampung
Ibok, serta berkat usaha keras dalam sesi latihan, akhirnya saya terpilih untuk
bermain dengan pasukan kelab pertama yang ditubuhkan di Ibok. Waktu itu saya
dalam tingkatan 4, tahun 1980. Saya turut serta semasa mesyuarat kali pertama
untuk menubuhkan kelab bolasepak secara rasmi. Mesyuarat diadakan di Balai Raya
Ibok. Mesyuarat bersetuju memberikan nama Tunas Muda. Pengurus pasukan adalah
Ibrahim Kamal Omar, suami sepupuku, Kak Pah. Pada tahun itulah buat kali
pertama diadakan Liga Bolasepak DUN Kijal yang mempertandingkan pasukan-pasukan
di bawah DUN Kijal yang pada masa itu disandang oleh bekas Guru Besar saya di
SKI, Cikgu Muhammad bin Muhammad Amin. Sepanjang perjalanan liga tahun pertama
itu saya adalah pemain paling muda dan ditugaskan sebagai penjaga gol. Agak
malang, apabila dalam perlawanan pertama dengan salah sebuah pasukan dari pekan
Kijal, berlaku insiden pergaduhan antara kedua pasukan. Ketika kebanyakan
pemain kedua-dua pasukan sedang bergasak di tengah padang, saya tercegat kaku
di mulut gol. Setelah penonton yang berada di belakang tiang gol menyuruh saya
lari, barulah saya meninggalkan padang. Pada tahun 1984, buat pertama kalinya
dalam sejarah kelab Tunas Muda, berjaya menempah tiket ke final Piala DUN
Kijal. Pada masa itu saya bermain di posisi penyerang dan midfield secara
bergilir. Barisan pemain Tunas Muda yang
berjaya membawa nama Ibok ke final antaranya adalah Setopa Chey, Seimi Birri,
Mat Cik Bi, Ah Meng, Zan Pok Teh Mezah, Ayi Pok Teh Mezah, Denan Pok Od, Denan
Ali dan lain-lain. Kejayaan memasuki final ini adalah pencapaian terbesar bagi
masyarakat Ibok. Salah seorang tokoh yang memainkan peranan penting dalam
membina kejayaan bagi tim Ibok ini adalah Kpl Rashid, seorang anggota polis
yang bertugas di Pondok Polis Ibok. Beliau berasal dari Perak. Dialah yang
menjadi jurulatih tim, memperkenalkan teknik dan tektik latihan yang sistematik
dan penyumbang utama kejayaan kami sehingga sejauh itu. Memang saya rasa teruja
dan sangat gembira kerana berpeluang bermain di perlawanan akhir bagi satu
perlawanan yang terbesar dalam DUN Kijal. Walaupun perlawanan akhir ini
bukanlah yang pertama dalam sejarah penglibatan saya dalam bolasepak, tetapi pada
saya perlawanan akhir kali ini sangat istimewa. Saya pernah mengecapi kemanisan menjaringkan
gol dan menang dalam perlawanan akhir semasa mewakili SMC menjuarai bola sepak
peringkat Daerah Kemaman pada tahun 1981. Dalam tahun yang sama juga saya
merasai suasana perlawanan akhir ketika bermain untuk Pasukan MSSD Kemaman
melawan MSSD Kuala Terengganu Utara. Kemaman kalah kepada tim yang diwakili
Raimi Jamil, penjaga gol Terengganu dan Malaysia dengan jaringan 2-3.
Seluruh kampung Ibok geger
dengan kejayaan Tunas Muda memasuki perlawanan akhir untuk pertama kalinya.
Tidak sabar para pemain termasuk saya dan orang-orang kampung untuk menunggu
perlawanan akhir melawan sebuah pasukan kelab kampung Tengah Kijal yang
diwakili oleh bekas cikgu darjah saya, Cikgu Budiman Mahmood. Setiap hari kami
berlatih dengan gigih di bawah kendalian Kpl Rashid dan Pengurus Pasukan, Abang
Him. Beberapa hari menjelang tarikh perlawanan akhir bola sepak antara Tunas
Muda dan Kampung Tengah, Kijal, saya menerima sepucuk surat dari Kedutaan Indonesia.
Memberi perkhabaran bahawa saya layak menduduki ujian kemasukan ke universiti
Indonesia. Ujian penulisan akan dilaksanakan selama dua hari berturut-turut. Perkhabaran
yang dinantikan dan sepatutnya sesuatu yang menggembirakan tiba-tiba bertukar
menjadi pahit. Tarikh ujian jatuh serentak dengan tarikh perlawanan akhir. Saya
jadi serba salah, mahu memilih yang mana satu. Antara bola atau pelajaran.
Inilah peluang terbaik dan terbesar buat julung kali untuk saya mengecap
kejayaan bersama-sama rakan-rakan dalam pasukan bola sepak kampung. Kalau saya
memilih bermain bola bererti saya melepaskan pula peluang keemasan untuk
melanjutkan pelajaran di Indonesia, yang menjadi cita-cita saya selama ini.
Dalam masa yang sama akan mengecewakan harapan ayah dan emak untuk melihat saya
menjadi anak yang pertama menjejakkan kaki ke menara gading. Beberapa hari saya
berfikiran buntu, memikirkan mana satu patut jadi pilihan. Saya nyatakan dilema
saya kepada rakan-rakan sepasukan. Ketua pasukan saya Seimi Birri dan Setopa
Chey agak terkedu mendengar perkhabaran ini. Sebolehnya mereka tidak mahu
kehilangan saya dalam waktu yang segenting ini. Akhirnya saya akur dengan
hasrat ayah. Saya buat keputusan untuk ke Kuala Lumpur. Kalau ada rezeki saya
boleh bermain dalam perlawanan akhir pada tahun hadapan. Dengan berat hati saya
terpaksa melupakan hiruk pikuk paluan gendang penyokong-penyokong Ibok. Tidak
sampai hati untuk mengecewakan harapan emak dan ayah. Ayah sanggup berkorban,
bersusah payah mencari wang sebagai bekalan untuk ke Kuala Lumpur beberapa
hari. Petang hari itu, saya tidak akan lupa sampai bila-bilapun, bayangan
pertemuan terakhir itu masih tetap segar dalam benak saya sehingga detik ini. Dan
takkan mudah terpadam dalam memori saya sehingga ke hujung nyawa. Di atas
beranda rumah saya di kampung pondok Limau, masih ternampak di ruang mata saya,
tergantung sebuah papan tanda yang tercatat Lot 10 Eshah bt Sulaiman, seorang
ibu dan anak perempuan bongsunya, adik saya, Emi sedang bersantai. Tanpa ada
salam dan peluk cium, saya dan ayah beserta dua rakan, Shaidi dan Redzuan,
perlahan-lahan meninggalkan halaman rumah Lot 10. Lambaian mak dan Emi sebagai
tanda restu pemergian saya dan ayah ke Kuala Lumpur untuk merintis jalan dalam
melunaskan cita-cita yang sekian lama diimpikan. Entah kenapa lidah saya begitu
kelu untuk mengucapkan sesuatu kepada emak dan Emi yang saya tinggalkan,
mungkin hanya untuk sehari dua saja. Lambaian emak dan Emi beransur-ansur
hilang dari pandangan. Kami berempat meneruskan perjalanan ke Selayang Baru,
menumpang tinggal di rumah Kak Nor dan Abang Aziz.
Cerita selanjutnya akan
saya paparkan di lain masa.
Khamis, 13 Oktober 2016
Sungai Ibok 4
Walaupun zaman kanak-kanak saya ketika di Ibok telah empat dekad berlalu, namun gambaran masa lalu masih jelas terbayang dalam fikiran saya. Padang bola Ibok letaknya di tepi sungai, sebab itulah setiap kali tiba musim banjir, air bah akan melimpah dan menenggelamkan padang bola sepenuhnya. Banyak kali juga berlaku kes bola hanyut di sungai apabila sepakan pemain tersasar jauh hingga jatuh ke dalam sungai. Dek kerana kebosanan tidak dapat bermain bola, maka aktiviti seharaian orang lelaki Ibok bertukar dari bermain bola menjadi nelayan sambilan pula. Tatkala air mula surut walaupun padang masih separuh ditenggelami air, kami kembali ke padang bola. Di keliling padang bola kesayangan kami, terdapat banyak pohon kemunting. Buahnya yang masak hitam ranum menjadi rebutan burung-burung dan juga manusia. Pada masa itu ada orang yang suka kutip buah kemunting, malah ada yang menjual di pasar Ibok dengan menggunakan sukatan pot atau tin susu. Mak Long Seleoh, seorang penjaja dari Kijal pun ada kalanya menjual buah kemunting di pasar Ibok. Selain pohon kemunting, sekitar padang bola Ibok terdapat banyak pohon kercut dan mengkuang yang tumbuh meliar. Kercut dan mengkuang sering ditebas dan diambil untuk dibuat tikar.
Dulu-dulunya saya sering menonton perlawanan bola persahabatan melibatkan pasukan kampung Ibok dengan kampung-kampung sekitar. Belum ada lagi liga atau kejohanan bola sepak di sekitar kampung Ibok. Pasukan yang selalu bermain dengan tim Ibok adalah Kijal dan Binjai. Ada kalanya tim Ibok menang dan begitu juga sebaliknya, Bila ada perlawanan bola, maka berpusu-pusulah penduduk Ibok tak kira usia dan jantina akan turun menonton perlawanan bola. Pemain-pemain pada masa tersebut adalah baya-baya ayah saya. Tetapi ayah saya tak pernah main bola, walaupun secara suka-suka. Pemain-pemain Ibok yang handal pada masa itu antaranya Che Aziz, striker utama. Walaupun dia tak laju berlari dan tak pantas dalam pergerakan tetapi dia ada kemahiran jaringkan gol. Perlawanan persahabatan bola antara kampung diadakan dalam 2 ke 3 bulan sekali. Seronok dan meriah seluruh kampung setiap kali ada perlawanan bola. Dari situlah menimbulkan minat yang mendalam dalam diri saya untuk menjadi pemain bola yang handal. Ada juga berlaku pergaduhan sesama pemain semasa perlawanan persahabatan, Antara yang masih melekat dalam ingatan saya ialah semasa Ibok lawan Binjai dan Ibok lawan Kemasek. Jarang sekali perlawanan persahabatan membabitkan tim Ibok dengan Kemasek diadakan kerana sering berlaku pergaduhan membabitkan kedua-dua pasukan. Tak tahulah mana satu yang salah. Sebagai penyokong tim Ibok, saya diwar-warkan bahawa tim Kemasek selalunya menjadi punca perkelahian. Setiap kali tim Ibok menjadi tuan rumah sesuatu perlawanan, Pak Arif adalah pengadil rasmi dan tetap. Dia tak ada apa-apa kelayakan atau tauliahpun, tetapi bila dah biasa jadi pengadil maka akhirnya dia jadi pengadil tetap dan kebanggaan kami. Pak Arif atau nama penuhnya Che Wan Sharif bin Muda memang ada gaya sebagai pengadil. Dia sanggup berkorban wang dengan membeli pakaian pengadil serba hitam serta wisel. Gelagat dan karenah Pak Arif selaku pengadil cukup mencuit hati para penonton. Pak Arif ni handal juga bersilat. Saya pernah saksikan dengan mata kepala saya sendiri tentang kebolehannya bersilat. Ceritanya begini. Pada suatu petang, seperti biasa pemuda-pemuda Ibok bermain bola di padang. Waktu tu saya belum layak bermain dengan orang dewasa kerana masih di bangku sekolah rendah. Jadi, saya hanya menonton dari tepi padang. Dalam perlawanan sesama sendiri itu, berlaku satu insiden perlanggaran antara pemain pertahanan dengan penyerang. Menyebabkan pemain pertahanan iaitu Bakar, anak Pak Wel tercedera. Berlaku pertengkaran mulut antara kedua pihak. Saya sangkakan setelah dileraikan, insiden itu berakhir di situ saja, tetapi sebaliknya tidak. Ketika semua orang telah bersurai dan balik ke rumah masing-masing, saya berjalan pulang melewati depan kedai Ah Kau, berjalan di belakang Pak Arif yang sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya. Tiba-tiba saya nampak Pak Wel meluru ke arah Pak Arif dengan membawa sebatang kayu hendak memukul Pak Arif. Saya tergamam dan tercegat saja. Serangan Pak Wel dengan mudah dipatahkan oleh Pak Arif. Dia membuka langkah silatnya dan dengan pantas mengilas tangan Pak Wel. Namun, Pak Arif tak membalas atau memukul Pak Wel. Mujurlah Tok Him Polis sempat meluru dari kedainya dan meleraikan pergaduhan dari merebak menjadi lebih buruk. Pak Him Polis menenangkan kedua mereka. Walaupun pergaduhan tersebut dapat dileraikan, namun permusuhan kedua mereka sebenarnya melarat menjadi permusuhan keluarga dan berlarutan dalam jangka masa yang lama.
Apabila bapa saudara saya, Ayah Da Muda berpindah ke Pondok Limau bersama-sama Tokki Sulaiman, saya tidak lagi dapat bersama Tokki Sulaiman turun menangkap ikan di sungai Ibok. Namun, aktiviti menangkap ikan saya teruskan seorang diri atau bersama-sama kawan-kawan secara suka-suka saja. Tapi hasilnya tidaklah seperti dulu lagi. Setelah keluarga saya turut berpindah ke Pondok Limau beberapa tahun kemudian, barulah saya kembali bersama Tokki Sulaiman turun ke sungai Pondok Limau untuk mengail udang galah dan ikan bujuk. Tetapi, sungai Pondok Limau pada saya tidak seseronok sungai Ibok. Sungai Pondok Limau airnya kehitaman dan berbuih serta menyeramkan bagi saya. Tambahan pula dengar ceritanya ada buaya mendiami lubuk dekat jambatan sungai Pondok Limau. Setiap kali turun berperahu di sungai Pondok Limau perasaan takut sentiasa menyelubungi hati saya. Walaupun telah menetap di Pondok Limau, sungai Ibok tetap di hati.

Langgan:
Ulasan (Atom)